BEAUFORT – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini enggan memberikan sebarang komen kepada media meskipun beberapa kali diasak.

Selepas membuat kemunculan mengejut pagi ini, beliau meninggalkan Majlis Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi/ Huma selepas mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Musa dikawal ketat oleh pegawai peribadinya.

Sebelum itu, Musa mendiamkan diri beberapa ketika selepas rayuannya dan lebih 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  untuk mencabar keputusan membubarkan DUN ditolak 8 September lalu.

Beliau juga tidak muncul di pada hari penamaan calon 12 September lalu dan tidak mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sibuga atau bertanding di mana-mana kawasan lain termasuk yang menjadi spekulasi baru-baru ini di DUN Sungai Manila.

Ada spekulasi mengatakan beliau ditawarkan jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT) seandainya parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau dilihat hanya bersuara menerusi media sosial iaitu Twitter.

Semalam, menerusi platform media sosial itu, Musa memberi amaran kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal agar menghentikan fitnah terhadap dirinya.

Menurut Musa, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu sepatutnya tidak menghalakan serangan terhadapnya berhubung kelulusan kontrak Yayasan Sabah untuk mengurus dan membangunkan tanah yayasan itu.

Ini kerana katanya, beliau bukanlah calon yang bertanding dalam PRN Sabah.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Selepas lama diam, Musa Aman ‘muncul’ di Beaufort

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.