Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini enggan memberikan sebarang komen kepada media meskipun beberapa kali diasak.

Selepas membuat kemunculan mengejut pagi ini, beliau meninggalkan Majlis Pelancaran Skim Subsidi Baja dan Racun Padi/ Huma selepas mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.