Syed Saddiq akan mendaftar permohonan Parti Muda di Pejabat RoS hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Armada Nasional Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mendaftarkan permohonan parti baharunya yang dinamakan ‘Muda’ di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, parti itu akan diterajui sepenuhnya oleh golongan muda dari pelbagai kaum, sesuai dengan perjuangan dan matlamat penubuhannya.

“Ya, saya akan mendaftarkan ‘Muda’ sebagai parti politik di pejabat RoS hari ini. Parti ini akan menjadi organisasi politik pertama melibatkan sepenuhnya golongan belia.

“Semua bangsa dan kaum akan diserapkan dalam parti ini. Tidak kira mereka Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan boleh mendaftar sebagai ahli,” katanya pada wawancara dengan stesen radio BFM 89.9 pagi ini.

Syed Saddiq berharap tidak berlaku sebarang masalah ketika pendaftaran dilakukan dan memberi amaran kepada pihak tertentu bakal menerima kecaman dari anak muda sekiranya ada halangan.

Beliau secara peribadi telah membuat rayuan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar mempermudahkan proses kelulusan parti ‘Muda’.

“Saya harap sepanjang proses ini nanti tidak ada apa-apa halangan dan mendapat kelulusan dengan lancar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tak lama parti ini, akan tinggal sejarah seperti PKMM dan API. Dia ambil ke subjek Sejarah masa sekolah dulu.

Comments are closed.