Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR- Seramai 101 individu telah ditahan semalam di atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 86 individu telah dikompaun manakala 15 ditahan reman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (26), ingkar perintah PKPD (24), penjarakan fizikal (19), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (13), tangkapan pendatang asing tanpa izin (10), aktiviti dalam pub/kelab malam (6), dan premis beroperasi lebih masa (3),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 3,165 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 13,133 anggota telah membuat pemantauan di 3,569 pasar raya, 4,811 restoran serta 1,380 penjaja, 1,029 kilang, 1,137 bank dan 718 pejabat kerajaan, semalam.

Juga dipantau, sebanyak 1,610 terminal pengangkutan darat, 227 terminal pengangkutan air serta 101 terminal pengangkutan udara.

Bagi Operasi Benteng pula, pihak berkuasa telah berjaya menangkap 88 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), empat tekong dan seorang penyeludup, semalam.

Turut berjaya dirampas 8 kenderaan darat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast