Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kluster Benteng LD di Sabah menctatkan peningkatan drastik kes baharu positif Covid-19 dengan 76 kes direkodkan pada hari ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 550 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 7,814 individu telah disaring dan daripada jumlah itu, seramai 2,009 disaring di Lahad Datu yang mana 151 daripadanya dikesan positif (sembilan kes baharu) sementara 1,306 individu adalah negatif manakala 552 lagi menunggu keputusan.

“Di Tawau seramai 5,804 orang disaring dan 398 kes dikesan positif COVID-19 (66 kes baharu) manakala 4,120 individu dikesan negatif sementara 1,286 individu menunggu keputusan.

“Di Sandakan satu kes baharu iaitu saringan dikesan positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, seramai 1,388 banduan dan tahanan telah disaring dan 457 kes dikesan positif manakala 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau disaring yang mana 20 kes dikesan positif Covid-19.

Tambah beliau, seramai 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan turut disaring yang mana 23 kes dikesan positif Covid-19, 1,036 pegawai agensi kerajaan lain yang mana satu kes dikesan positif Covid-19; dan 2,841 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif Covid-19.

“Daripada jumlah 550 kes positif Covid-19, 271 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara Filipina (185 kes); dan Indonesia (94 kes).

“Bagi kluster Pulau terdapat empat kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes setakat in adalah 14 kes dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 345 individu telah disaring dalam kluster ini.

“Mengikut pecahan kluster Pulau, di Kunak seramai 342 disaring dan 11 dikesan positif (satu kes baharu) manakala 63 individu negatif dan 268 individu menunggu keputusan,” ujar beliau.

Untuk kawasan Semporna, katanya, tiga saringan yang dilaksanakan kesemuanya dikesan positif Covid-19.

Daripada jumlah 14 kes positif Covid-19, kata Dr. Noor Hisham,  13 kes adalah warga tempatan manakala satu adalah warga asing Filipina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast