Keadaan sebuah kereta yang dihempap konkrit ketika melalui projek pembinaan lebuh raya SUKE berhampiran Terminal Bas Bersepadu.

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn.Bhd. (SUKE) telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja
serta merta di tapak kejadian dinding parapet terjatuh dari struktur binaan lebuh raya.

Dalam insiden petang tadi, dinding parapet menghempap sebuah kereta berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan Lingkaran
Tengah 2 menyebabkan pemandu kereta terlibat mengalami cedera cedera ringan.

Menurut kenyataan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang itu, syarikat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan.

“Pasukan Emergency Response Team (ERT) SUKE telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan dinding
parapet serta kereta yang terlibat,” kata kenyataan itu.

SUKE uang kesan dengan kejadian itu berkata, pihaknya akan
memastikan segala aspek keselamatan sentiasa diutamakan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi keselamatan semua.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas dengan menghubungi talian 1300- 889922 atau menerusi laman facebook PROLINTAS Highways, akaun  Twitter @mySUKEofficial, emel [email protected] dan laman sesawang  www.mysuke.com.my – MalaysiaGazette

Wanita cedera di tangan akibat kepingan konkrit jatuh menghempap kereta