Suspek pembuli jalan raya berusia 52 tahun ditahan polis polis kerana mengeluarkan kata kesat dan merampas salinan laporan pegawai penyiasat.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang disyaki pembuli jalan raya menerima padah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun seorang pegawai polis ditahan di Balai Polis Petaling Jaya.

Malah suspek yang berusia 52 tahun merampas salinan laporan polis daripada pegawai penyiasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian berlaku pada 17 September jam sekitar 3.20 petang insiden itu membabitkan dua buah kereta Perodua Myvi dan Proton Saga di hadapan perhentian bas MRT Mutiara Damansara.

Menurutnya, punca kejadian bermula apabila kereta Myvi yang dipandu mangsa yang seorang seorang anggota polis lelaki berusia 34 tahun sedang membuat pusingan U di lampu isyarat Palm Spring di Kota Damansara.

Tambah beliau, dalam kejagian Khamis lalu, suspek yang memamdu kerata Proton Saga tiba-tiba menghimpit kereta mangsa dan enggan memberikan laluan kepada mangsa.

“Selepas membuat pusingan U, mangsa mendapati kereta suspek mengekorinya dari arah belakang sebelum memotong kereta mangsa dan memberhentikan keretanya secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran tindakan suspek, Nik Ezanee berkata, mangsa terpaksa berhenti di hadapan perhentian bas MRT Mutiara Damansara dan melihat keadaan itu suspek keluar dari kereta lalu memarahi mangsa dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Sewaktu mangsa berada di balai polis, suspek enggan mmberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat yang cuba menerangkan sebab-sebab saspek perlu ditangkap.

“Suspek bertindak melampau apabila mula menjerit dan memarahi pegawai penyiasat berulang kali walaupun telah diminta supaya mengawal diri dan bertenang sebelum suspek bertindak merampas salinan laporan polis yang dipegang oleh pegawai penyiasat,” ujar beliau.

Nik Ezanee  berkata, suspek telah ditahan polis dan direman empat hari serta disiasat di bawah  Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967. – MalaysiaGazette