Kacang kastor yang boleh menghasilkan racun ricin.

WASHINGTON – Satu bungkusan berisi racun ricin yang dihantar kepada Presiden Donald Trump telah dipintas sebelum tiba di White House, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) kepada media.

Bungkusan itu ditemui di sebuah kemudahaan pemeriksaan untuk surat-surat yang dialamatkan kepada White House pada awal minggu ini.

Bahan yang terdapat di dalam sampul itu dikenali sebagai ricin, racun yang terdapat secara semula jadi dalam kacang kastor.

Pentadbiran Trump masih belum mengulas mengenai laporan tersebut.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Perkhidmatan Rahsia sedang menyiasat dari mana asal bungkusan itu dan adakah bungkusan lain seumpamanya telah dihantar melalui sistem pos AS.

“Pada masa ini, tidak ada ancaman yang diketahui terhadap keselamatan orang ramai,” kata FBI kepada CNN dalam satu kenyataan.

Namun seorang pegawai memaklumkan kepada New York Times penyiasat bahawa bungkusan itu dihantar dari Kanada.

Kandungan ricin dikenalpasti selepass dua ujian dijalankan.

Ricin dihasilkan dengan memproses biji kastor. Ini adalah bahan yang boleh mematikan, jika tertelan, disedut atau disuntik.

Ia boleh menyebabkan mual, muntah, pendarahan dalaman dan akhirnya kegagalan organ.

Tidak ada penawar yang diketahui untuk ricin. Sekiranya seseorang terkena ricin, kematian boleh berlaku dalam 36 hingga 72 jam, bergantung pada dos yang diterima, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC). – MalaysiaGazette