KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menjelaskan kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta Proton Saga di Taman Bukit Cheras tiada kaitan dengan pembinaan projek
lebuh rayanya.

Sebaliknya ia adalah kemalangan jalan raya yang kini dalam siasatan pihak polis dan sehingga kenyataan ini dikeluarkan, insiden ini diklasifikasikan sebagai kejadian langgar lari.

Berikutan itu, Prolintas memohon kepada warga internet untuk menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar yang mengaitkan insiden ini dengan projek SUKE dan menunggu kenyataan rasmi pihak berkuasa sebelum membuat komen, berkongsi dan membuat kenyataan di mana-mana laman media sosial.

Walaubagaimanapun, SUKE menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa kemalangan terbabit. – MalaysiaGazette