Seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pelajar perempuan tingkatan 3 di Mahkamah Majistret Khas Kanak-kanak Shah Alam, Selangor. foto ISKANDAR HAMIDI, 22 SEPTEMBER 2020.

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret Khas Kanak-Kanak di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada November tahun lalu.

Remaja berusia 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di juru bahasa mahkamah di hadapan Majistret Hanie Dzatul Akmar Zulkefli.

Mengikut pertuduhan, pada 29 November 2019, tertuduh telah merogol seorang remaja perempuan di Padang Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, pada jam 2.45 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farahin Sasaruddin mencadangkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap remaja di bawah umur itu.

Bagaimanapun peguam Muhammad Zufar Elias yang mewakili tertuduh merayu supaya jumlah jaminan rendah diberikan kepada anak guamnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh berusia 17 tahun itu dijamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 20 Oktober depan bagi membolehkan laporan akhlak tertuduh diperoleh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebelum hukuman dijatuhkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.