Arturo Vidal.

MILAN – Inter Milan berjaya mencapai persetujuan untuk mendapatkan bintang tengah Chile, Arturo Vidal dari Barcelona dengan nilai 1 juta Euro (RM4.85 juta), umum kelab itu.

“Barcelona dan Inter Milan telah melengkapkan perjanjian bagi urusan perpindahan membabitkan Arturo Vidal. Kelab Itali itu akan membayar FC Barcelona 1 juta Euro (RM4.85 juta),” kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Sejak menyertai gergasi Sepanyol itu pada 2018, Vidal beraksi dalam 96 perlawanan buat kelab Catalan itu. dan berjaya menjaringkan 11 gol.

Pemain kelahiran Chile itu juga mmembantu mereka memenangi kejuaraan La Liga pada musim pertama di Camp Nou.

Namun pemain berusia 33 tahun itu dilihat tidak diperlukan oleh kelab tersebut selepas aksi yang mengecewakan musim lalu.

Vidal akan bekerjasama semula dengan Antonio Conte di Inter, jurulatih yang menguruskan Juventus ketika dia beraksi di kelab Itali itu antara 2011 dan 2015, sebelum menyertai Bayern Munich dan Barca.

Inter menyifatkan pemain tengah Chile itu sebagai ‘pejuang’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast