Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya terlibat atau menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyatan itu dibuat selepas beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dan Naib Presiden UMNO dinamakan antara Ahli Parlimen dari UMNO yang menyokong Anwar bagi membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baharu.

Semalam, Anwar dalam pengumuman berkata, Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas mendapat majoriti yang cukup kukuh Ahli Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, dengan sokongan majoriti yang kukuh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Pengerusi PH itu berkata, beliau cuba mengadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 11 malam kelmarin untuk memaklumkan keputusan berkenaan, tetapi ditangguhkan kerana baginda telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor kesihatan. – MalaysiaGazette