KUALA LUMPUR – Siapa dalam kalangan anda yang memiliki lambakan kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan masih belum menjelaskannya?

Ini peluang anda mendapatkan diskaun 70 peratus dan tawaran itu masih berbaki enam hari sahaja sebelum ditamatkan.

Begitu juga mereka yang tamat tempoh lesen memandu dan juga cukai jalan atau Lesen kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai tidak perlu menunggu minit terakhir dan baru mahu ‘menyerbu’ kaunter JPJ dan mereka masih ada masa untuk membawarnya sekarang.

Itu nasihat JPJ kepada awam dalam satu kenyataan di Facebook supaya segera mendapatkan pengurangan saman kompaun JPJ iaitu sebanyak 70 peratus.

Ini kerana tempoh diskaun itu hanya akan sahlaku sehingga 30 September ini sahaja.

JPJ turut mengingatkan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tamat tempoh dalam waktu PKP juga akan berakhir pada tarikh yang sama.- MalaysiaGazette