KUALA LUMPUR – Semua ahli politik untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat dan menghormati perlembagaan negara.
Setiausaha Agung BERJASA, Abd Aziz Sardan berkata, rakyat keliru dan gundah ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan majoriti yang diperolehi untuk membentuk kerajaan baharu.
Malah, kenyataan begini boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.
Ini terbukti apabila kenyataan tersebut menyebabkan Bursa Malaysia menjunam seketika sebagai reaksi takut dan kecewa terhadap ketidak-tentuan keadaan negara.
“Saya menyeru semua pihak untuk mengutamakan kepentingan negara. Kita perlu bersama-sama mendukung kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan negara tanpa mengira warna parti.
“Dalam menangani pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan ekonomi global, marilah sama-sama kita memohon kehadrat Allah untuk terus merahmati negara kita dan dijauhkan segala bencana dan malapetaka. – MalaysiaGazette