S1: Apakah GKP 2.0?

J1: GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

S2: Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?

J2: 1. Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

S3: Berapakah nilai bantuan GKP 2.0?

J3: Jumlah nilai bantuan GKP 2.0 adalah RM3,000 secara one-off.
S4: Bagaimanakah memohon GKP 2.0?
J4: Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.

S5: Bilakah tarikh permohonan GKP 2.0 bermula?
J5: Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).

S6: Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
J6: Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.

S7: Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon GKP 2.0?
J7: Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

S8: Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0 akan dibuat?
J8: Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

S9: Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 2.0 dilaksanakan?
J9: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

S10: Adakah semakan kelayakan GKP 2.0 akan dibuat dengan mana- mana Agensi Kerajaan?
J10: Ya.