Zhang Jun. foto Agensi

NEW YORK – Duta Besar China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Amerika Syarikat (AS) telah “membuat cukup banyak masalah kepada dunia”.

Bagaimanapun, wakil AS ke badan induk dunia itu, Kelly Craft mengkritik dakwaan China itu sebagai “keputusan untuk menyembunyikan asal-usul virus ini, meminimumkan bahayanya dan menekan kerjasama saintifik.

Craft mendakwa tindakan Beijing “mengubah wabak tempatan menjadi pandemik global.”

Zhang Jun dengan pantas menolak dakwaan yang dibuat oleh Craft.

“Malangnya, kami sekali lagi mendengar suara dari AS yang sangat bertentangan dengan suasana pertemuan,”.

Dengan tegas, Zhang berkata, Beijing menolak dakwaan tidak berasas oleh wakil AS.

Pertikaian itu berlaku dua hari selepas Presiden Donald Trump menggunakan pra-rakaman video yang dirakamnya untuk Perhimpunan Umum untuk menyalahkan China kerana mencetuskan pandemi Covid-19 dan menyembunyikan maklumat mengenai virus itu.

Pada hari Selasa lalu, Trump menuduh Beijing “membenarkan penerbangan ke luar China dan menjangkiti dunia”.

Trump juga menyebut Covid-19 sebagai “virus China”.

Pada hari Khamis, Zhang mengatakan AS sendiri yang harus dipersalahkan.

Sejak Januari, AS telah mendiagnos lebih daripada 6 juta kes koronavirus dalam kalangan populasinya dan jumlah mangsa korban akibat koronavirus lebih daripada 200,000 nyawa.

Wakil Rusia pada sesi Khamis juga mengkritik tuduhan Craft.

“Kami menyesali kenyataan wakil Amerika Syarikat yang memilih pertemuan ini dan platform Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap salah seorang anggota Majlis Keselamatan,” kata Duta Besar Rusia Vassily Nebenzia.

Isu Covid-19 telah menguasai sidang kemuncak tahun ini, yang dibuat secara maya kerana wabak dan peraturan kuarantin dilaksanakan selama 14 hari di New York.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres berulang kali meminta ahli-ahli negara anggota bersatu dan memberi amaran hubungan antara AS dan China bergerak “ke arah yang sangat berbahaya.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast