Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang ejen hartanah bebas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang semalam, kerana dipercayai memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan kira-kira 5 petang di pejabat SPRM Cawangan Kluang, dekat sini, untuk membantu siasatan.

Tambah sumber itu, suspek memberi rasuah itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan di bawah JPU 24 Undang-Undang Kecil (UUK) 7(1) iaitu mempamerkan beberapa iklan tanpa kebenaran yang kadar kompaun bagi kesalahan tersebut berjumlah RM8,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias yang dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast