Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin bercakap pada sidang media mengenai kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur melibatkan tiga kes jenayah yang berlaini sekitar Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 SEPTEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Seramai empat lelaki ditahan secara berasingan di sekitar Lembah Klang sejak Januari hingga Julai lalu kerana disyaki terlibat dengan jenayah pedofilia membabitkan video lucah kanak-kanak dalam laman web pornografi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, tangkapan kesemua suspek berusia 29 hingga 61 tahun itu berdasarkan maklumat dan hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta agensi lain di dalam dan luar negara.

“Kita telah memantau laman web yang mengandungi unsur pornografi melibatkan kanak-kanak dan seterusnya mengesan serta melakukan tangkapan ke atas suspek yang mengakses laman web tersebut.

“Kita juga berjaya merampas peralatan yang digunakan suspek iaitu komputer meja, komputer riba, monitor LCD, pemacu keras, modem, papan kekunci dan tetikus daripada mereka,” katanya pada sidang media kejayaan JSJ di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Saiful Azly, kesemua peralatan yang dirampas itu  dihantar ke Forensik Polis Diraja Malaysia dan SKMM untuk dianalisa.

Beliau berkata, siasatan mendalam mendapati saspek yang terdiri daripada ahli perniagaan, pekerja peronda lebuh raya, juruteknik teknologi maklumat dan penganggur itu melayari laman web lucah yang mengandungi gambar dan video pronografi kanak-kanak untuk kepuasan nafsu seks masing-masing.

“Polis telah menuduh seorang suspek itu di mahkamah pada 7 Ogos lalu di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

“Manakala tiga lagi suspek masih berada dalam tahanan dan siasatan kerana polis sedang menunggu laporan forensik serta SKMM sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” tegasnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast