KUALA LUMPUR – Walaupun kebanyakan bank-bank global boleh menyerap kejutan koronavirus tetapi pelaksanaan sekatan pergerakan baharu akan memberi risiko besar.

Moody’s Investors Service berkata, kebanyakan sistem perbankan tetap kukuh dan dalam keadaan baik untuk menahan kenaikan hutang lapuk.

Dalam laporan bertajuk “Sebilangan besar bank dapat menyerap kejutan koronavirus; sekatan pergerakan baharu adalah risiko utama’‘ kata Moody’s, kekuatan modal sangat penting bagi bank-bank untuk menyokong kelayakan kredit dalam jangka sederhana tetapi cabaran keuntungan sedia ada akan bertambah sukar.

Dalam pengumuman penyelidikannya, Moody’s berkata, prospek bank global berubah menjadi sangat negatif pada awal tahun 2020 ketika wabak itu melanda dan sekatan ke atas aktiviti ekonomi akan menyukarkan.

Lebih tiga per empat daripada 70 Tinjauan Sistem Perbankan Moody’s kini negatif, berbeza dengan hanya 14% yang negatif pada akhir 2019, katanya.

Namun, kata Moody’s, setelah 10 tahun ekonomi dalam keadaan jinak dan tekanan peraturan yang berterusan telah mengukuhkan kunci kira-kira, mendorong kebanyakan sistem perbankan berada dalam keadaan baik dan dapat menahan kenaikan hutang lapuk yang tidak dapat dielakkan dalam beberapa bulan mendatang.

Selain itu, tindakan yang diambil oleh bank pusat dan pemerintah untuk melemahkan kesan virus telah memperlambat kenaikan risiko aset dan menyokong kecairan dan pembiayaan, katanya.

Pengarah Urusan Perbankan Moody’s, Nick Hill berkata, berbeza dengan krisis kewangan, sistem perbankan lebih cenderung bertindak sebagai penyerap kejutan dan bukannya pengukuh.

“Tetapi gelombang kedua pandemik yang membawa kepada sekatan baharu baru dan kemelut ekonomi dapat menyebabkan kerosakan yang lebih lama terhadap profil kredit bank,” ujarnya lagi.

Moody’s berkata, dalam konteks ketidakpastian yang mendalam, kemampuan untuk memelihara dan memulihkan modal dalam jangka sederhana akan menjadi sangat penting untuk menyokong kelayakan kredit bank.

Bank-bank di Eropah dikatakan mempunyai kelebihan kerana modal permulaannya lebih tinggi daripada bank di kebanyakan wilayah lain.

Tetapi, cabaran paling besar menanti di negara-negara yang sudah pun menyaksikan keuntungan lemah seperti di Jepun dan Eropah.

Moody’s berkata, negara-negara ini memerlukan penyusunan semula wasan yang mana menyaksikan keuntungan sudah lemah, seperti Jepun dan Eropah, penyusunan semula adalah perlu supaya penyerapaan kerugian dapat dikurangkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast