Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berjalan keluar ketika menghadiri perbincangan mengenai lantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) memaklumkan beliau akan mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah di Istana bersama-sama Datuk Hajiji Noor petang ini.

Selepas lebih dua jam perbincangan di antara pimpinan Perikatan Nasional (PN) serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Bung Moktar masih mengunci mulutnya ketika ditanya berkenaan calon Ketua Menteri Sabah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“TYT belum umum, tunggu TYT umum, beri laluan TYT sudah tunggu,” katanya ketika diasak wakil media sebaik sahaja keluar dari Magellan Sutera Harbour di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau akan pergi ke istana dengan Hajiji, Bung mojtar berkata; “Iya. Ya.”

“Terserah dengan TYT sama ada hari ini ada acara angkat sumpah atau tidak, TYT yang menentukan,” katanya lagi.

Bagaimanapun beliau gembira dengan keputusan yang dicapai hari ini.

“Ya (keputusan calon Ketua Menteri dibuat secara sepakat). Very happy,” katanya.

Terdahulu Hajiji meninggalkan lebih awal perbincangan di antara PN dan BN lebih awal daripada pemimpin lain.

Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Antara pemimpin UMNO yang hadir pada pertemuan hari ini adalah Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Selain itu beberapa Adun yang memenangi PRN Sabah turut kelihatan seperti Presiden Star Datuk Jefrey Kitingan.

Setiausaha Agung PBS Datuk Jahid Jahim tiba di saat-saat akhir pertemuan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hajiji keluar awal dari mesyuarat GRS