Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Datuk Hajiji Noor berjalan keluar ketika menghadiri perbincangan mengenai lantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Sabah di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor ‘meninggalkan’ Magellan Sutera Harbour di sini ketika mesyuarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum belum berakhir.

Ketika diasak pemberita, Hajiji berkata perbincangan sudah berakhir dan beliau akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

“Sudah habis bincang, nanti saya beri kenyataan,” katanya kepada pemberita.

Hajiji selain itu tidak menjawab soalan adakah beliau merupakan calon Ketua Menteri Sabah yang dipilih hari ini.

Ketika beliau meninggalkan hotel, pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Basional (BN) iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan masih berada dalam bilik mesyuarat.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri yang memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah semalam juga masih berada di bilik mesyuarat yang sama. -MalaysiaGazette