Wednesday, November 25, 2020
Home Nasional Liew Vui Keong dilapor tidak sedarkan diri

Liew Vui Keong dilapor tidak sedarkan diri

Datuk Liew Vui Keong
SANDAKAN – Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong sedang dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu dipercayai akibat radang paru-paru.
Awani melaporkan, menurut Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Jaujan Sambakong, beliau juga dilaporkan tidak sedarkan diri.
Vui Keong dilaporkan mula tidak sihat di akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Beliau merupakan pengarah jentera pilihan raya Warisan Plus.
Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Warisan dan juga bekas menteri undang-undang ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).