Thiago Alcantara menjalani kuarantin di rumah setelah dikesa positif jangkitan Covid-19 apabila simptom dikesan dalam badan menerusi saringan oleh pakar perubatan.

LONDON – Baru sahaja mengharungi aksi menentang Chelsea, bintang baharu Liverpool, Thiago Alcantara diuji positif Covid-19.

The Reds mengesahkan berita itu Alcantara disahkan jangkitan Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.

Pemain berusia 29 tahun yang baru menyertai skuad Anfield dari Bayern Munich dua minggu lalu tidak beraksi dalam kemenangan 3-1 Liverpool terhadap Arsenal Ahad lalu.

Jurgen Klopp sebelum ini menegaskan pemain itu akan beraksi selepas aksi antarabangsa bersama pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun Liverpool kini mengumumkan bahawa pemain itu disahkan Covid-19 dengan menunjukkan simptom jangkitan virus itu.

Doktor pasukan pertama Liverpool Dr. Jim Moxon berkata, pihaknya mematuhi segala protokol dan peraturan kesihatan dan Thiago kini dalam keadaan baik menjalani kuarantin.

“Kami sangat berharap dia pulih dan kembali segera ke pasukan,” katanya.

Thiago sebagai mengesahkan berita itu, berkongsi ciapan twitter bahawa dia sedang menjalani pemulihan sebagai merujuk kepada kuarantin akibat Covid-19.-MalaysiaGazette