Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd sedang menilai ‘semua kemungkinan’ termasuk menutup operasi syarikat tersebut di Jepun, kata Tan Sri Tony Fernandes.

Lembaga Pengarah AirAsia akan membuat keputusan dalam seminggu ini.

“Kami baharu membangunkan syarikat dan kemudian Covid-19 melanda.

“Lembaga Pengarah sedang mempertimbangkan semua kemungkinan, termasuk pemberhentian,” kata Fernandes mengenai usaha sama dengan Jepun.

Nikkei awal hari ini melaporkan AirAsia akan menutup operasinya di Jepun, memetik individu sebagai berkata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast