Air Selangor akan memaklumkan perkembangan bekalan air dari semasa ke semasa.

KUALA LUMPUR – Bekalan air yang terjejas di 29 kawasan di wilayah Petaling pulih sepenuhnya hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri berkata, kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong siap dilaksanakan pada jam 2.50 pagi tadi.

“Berikutan kerja pembaikan siap lebih awal daripada dijadualkan, bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan informasi bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerusi semua medium komunikasi agensinya di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com

Sebanyak 29 kawasan di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong pada pukul 7.30 malam semalam.

Susulan itu, bekalan air ditutup bermula pukul 11 malam tadi bagi kerja pembaikan paip pecah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast