Ahmad Zahid Hamidi

KUALA lUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf bagi pihak partinya kepada rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan berikutan peningkatan penularan wabak Covid-19 akibat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan baru-baru ini.

Berikutan itu beliau meminta ahli dan jentera BN pada PRN Sabah mematuhi Prosedur Operasi Standard Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebanyak 260 kes baharu jangkitan kes Covid-19 dilaporkan hari ini, bilangan kes hari ini adalah kedua tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia selepas 277 kes baharu direkodkan pada 4 Jun lalu.

Daripada 259 kes penularan di dalam negara, sebanyak 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 119 kes.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO, pilihan raya yang diadakan di Sabah itu bukan pilihan BN.

PRN Sabah diadakan berikutan tindakan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal membuburkan Dewan Undangan Negeri pada 30 Julai lalu apabila Tan Sri Musa Aman menyatakan beliau memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru di selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). – MalaysiaGazette