Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – UMNO tidak diketepikan malah berperanan sangat besar selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Itu kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu parti itu menentukan hala tuju selepas apa yang berlaku di Sabah.

“Hampir semua Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO bakal memikul tugas sebagai menteri dan timbalan menteri Sabah,” katanya yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Menurut Annuar, sebarang tindakan terburu-buru mungkin akan merugikan UMNO di kemudian hari.

“Beberapa percaturan yg salah mungkin telah menyebabkan terlepas beberapa kerusi.Ia boleh diperbaiki.Sebarang tindakan terburu-buru merugikan UMNO,” katanya lagi.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga memberi respon yang perkara yang dibangkitkan Mohamad akan dibincangkan secara bersama dalam mesyuarat pimpinan parti.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tok Mat minta Presiden UMNO buat keputusan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast