Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Tadika bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tadika Cemerlang Bestari, Kampung Bagiang, Kunak, Sabah. foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2020.

NEW YORK – Kes Covid-19 global melepasi 34 juta, menurut Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSE) Johns Hopkins University.

Jumlah kes global mencecah 34, 092.696 dengan jumlah 1,016.050 kematian di seluruh dunia pada 1:23 p.m. waktu tempatan (1723 GMT).

Amerika Syarikat melaporkan paling banyak kes dan kematian, masing-masing berjumlah 7,252,701 dan 207,331.

India mencatatkan 6,312,584 kes, menduduki tempat kedua dalam carta global.

Manakala Brazil mencatatkan jumlah jangkitan ketiga terbesar di dunia sebanyak 4,810,935 dan jumlah kematian kedua terbesar sebanyak 143,952.

Negara-negara dengan lebih dari 750,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Peru, Sepanyol dan Argentina.

Sementara negara-negara lain dengan lebih dari 35,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain dan Itali, menurut pusat itu. – MalaysiaGazette