Abang Johari Tun Openg

KUALA LUMPUR- Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg memberi gambaran pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang meskipun kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan saban hari.

Menurut laporan Malay Mail, kenyataan tersebut merupakan petunjuk paling jelas Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu mempertahankan mandat yang dipegang mereka.

“Saya ingin menyampaikan mesej ini bahawa dram akan dibunyikan. Kayu dan dram juga telah bersedia.

“Apabila dram diketuk pada bila-bila masa dari sekarang, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan PBB dan GPS dalam pilihan raya tersebut,” katanya dalam konvensyen mini khas PBB di Sibu, Sarawak hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila akan menasihatkan Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud untuk membubarkan dewan undangan negeri.

Mandat GPS ketika ini akan tamat pada Jun depan.- MalaysiaGazette