Azzam Sham.

PUTRAJATA – Penyanyi, Azzam Sham membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara program realiti Big Stage 2020 pada pentas akhir malam tadi.

Dia yang berusia 23 tahun berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro telah  menyampaikan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta pilihan ramai iaitu Usop yang menyampaikan lagu Arjuna dan Peluang Kedua, sekaligus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga, Qody Rany membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi.

Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Dinie Rashid dan Fadh Majid. Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Big Stage 2020 diacarakan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad manakala barisan juri tetap adalah Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai.

Juri jemputan di pentas akhir diisi oleh penyanyi, Misha Omar manakala Presiden Netizen diwakili oleh Elly Mazlein. – MalaysiaGazette