Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 122 buah sekolah harian di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan ditutup bermula esok berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan tersebut berkuatkuasa pukul 12.01 tengah malam 7 Oktober ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia melibatkan 86 buah sekolah rendah, 25 buah sekolah menengah dan 11 buah sekolah swasta.

“Sekolah di luar kawasan PKPB akan beroperasi seperti biasa sebagaimana yang dijelaskan di dalam kenyataan media KPM yang telah dikeluarkan pada 3 Oktober 2020 yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menyedari kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkaitan keadaan semasa penularan wabak Covid-19, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara.

Selain itu, jelasnya, kementerian tersebut juga ajan sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga
sekolah adalah terpelihara. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kerajaan Pakatan Hancing Sabah dibawah Shafie Afdal seharusnya tidak dibubarkan kerana sistem demokrasi masih boleh berjalan dengan membenarkan Musa Aman untuk mengambilalih kerajaan.

    Disebabkan pilihanraya tersebut COVID-19 kini telah merebak dengan mendadak dan usaha2 membendungnya diramalkan akan menjadi lebih sukar?

    Adakah sekali lagi rakyat akan menderita? Padan muka hangpa!!!

Comments are closed.