KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari iniĀ  mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya segera mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Arahan Datuk Azhar Azizan Harun itu menyusul selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan berikutan kerusi itu kini kosong setelah penyandangnya Datuk Liew Vui Keong telah meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru Jumaat lalu.

Beliau mengeluarkan arahan pemberitahuan itu dalam satu surat rasminya kepada SPR hari ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang diPertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 6 Oktober 2020 kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia bahawa Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong Ahli Parlimen Batu Sapi Telah meninggal dunia pada Jumaat 2 Oktober 2020.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR Malaysia hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.185 Batu Sapi, Sabah danĀ perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR Malaysia bahawa ada kekosongan,” kata beliau dalam surat rasmi itu.

Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu, Sabah.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia