Rokok putih seludup dan arak mahal berjenama bernilai RM1.28 juta berjaya dirampas dari satu sindiket pengedaran arak aktif di Lembah Klang didalangi enam individu termasuk dua warga Indonesia berjaya ditumpaskan dalam Op Methanol yang dilancarkan JKDNKA Bukit Aman 5 Oktober lalu. Foto: JKDNKA Bukit Aman.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pengedaran minuman keras berjenama dan rokok seludup yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang berjaya ditumpaskan dengan rampasan bernilai RM1.28 juta.

Kejayaan itu menyusul dengan tangkapan enam lelaki termasuk dua warga Indonesia oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dalam satu operasi Op Metanol di Pandamaran, Klang pada 5 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah JKDNKA PGK, Deputi Komisioner Datuk Fisol Salleh berkata, kesemua suspek adalah berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan sejumlah 2,522 karton arak, 1,082 kotak arak Liquor seludup pelbagai jenama dan 49 karton rokok seludup putih berjaya dirampas dalam serbuan itu daripada suspek anggaran bernilai RM1,287,450 ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenderaan mewah dan pacuan empat roda bernilai RM545,000 berjaya antara dirampas dalam serbuan Op Metanol ke atas satu sindiket seludup arak aktif oleh JKDNKA Bukit Aman 5 Oktober lalu di Pandamaran Klang.Foto: JKDNKA Bukit Aman.

Turut dirampas, sebilah pedang, dua buah kontena dan empat kereta Toyota Alphard, Ford Ranger, Perodua Axia dan Proton Persona yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM565,000.

“Kesemua saspek telah direman selama tujuh hari di ibu pejabat Polis Daerah Klang Selatan mulai semalam hingga 12 Oktober ini iuntuk disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut.

“Justeru hasil siasatan awal polis mendapati salah seorang saspek memiliki satu rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958. – MalaysiaGazette