Antara syarat dan hadiah menarik yang ditawarkan Jakim bagi pertandingan video kreatif Maulidur Rasul sempena bulan Rabiul Awwal 1442H/2020.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menganjurkan pertandingan Video Kreatif Maulidur Rasul sempena bulan Rabiul Awwal 1442H/2020.

Pertandingan sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW itu diadakan dengan kerjasama Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Jakim, pertandingan itu terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM13,500 kepada semua pemenang.

“Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk minat dan kreativiti masyarakat dalam mempromosi semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW.

“Selain itu, ia juga bertujuan mencungkil bakat penghasilan produk multimedia bergenre nilai murni universal serta memberi peluang kepada masyarakat Malaysia memahami peribadi Rasulullah sebagai suri teladan unggul buat seluruh alam,” katanya kepada media, hari ini.

Kata kenyataan itu, untuk mengetahui syarat pertandingan boleh melayari portal rasmi Jakim www.islam.gov.my, media sosial rasmi Jakim atau klik pautan, https://bit.ly/3nr4T52.

Tarikh tutup penyertaan pada 21 Oktober ini sebelum jam 12 malam.

Keputusan dan tarikh penyampaian hadiah akan dimaklumkan melalui portal dan media sosial rasmi Jakim.

Justeru, semua warganegara Malaysia dijemput untuk menyertai pertandingan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast