Gambar hiasan.

SINGAPURA / PARIS – Sekumpulan syarikat pemberi pinjaman telah menolak rancangan penstrukturan semula yang diajukan Malaysia Airlines, menyebabkan syarikat penerbangan itu menghampiri cabaran terakhir terhadap masa depannya.

Para peminjam mendakwa mewakili 70 peratus pesawat dan enjin yang dipajak kepada kumpulan penerbangan itu menyifatkan rancangan tersebut ‘tidak sesuai dan cacat’ dan berikrar untuk mencabarnya, menurut individu yang arif dengan perkara berkenaan dan sepucuk surat dari firma guaman di London yang dilihat Reuters.

Firma guaman, Clifford Chance yang menghantar surat bagi pihak peminjam tidak membuat ulasan ketika permintaan dilakukan.

Semalam, dalam e-melnya kepada Reuters, Malaysia Aviation Group (MAG) yang merupakan syarikat induk Malaysia Airlines berkata, ia ‘gembira’ dengan tahap sokongan yang diterima daripada peminjam dan meneruskan perbincangan dengan mereka.

“MAG yakin terdapat mekanisme perundangan yang wajar yang boleh menyokong,” katanya.

“MAG mengulangi semangat rancangan penstrukturan semula bukannya bertujuan mewujudkan kesakitan yang tidak diperlukan antara para peminjam tetapi ia dilakukan atas niat baik untuk memacu survival jangka masa panjang MAG dan ia bergantung kepada bilai rantaian rakan-rakan,” katanya.

Kumpulan itu merancang melaksanakan rancangan penstrukturan semula menerusi proses mahkamah United Kingdom, menurut sumber.

Surat daripada firma guaman meningkat risiko selepas Reuters melaporkan MAG telah memberi amaran kepada para peminjam bahawa pemegang saham, Khazanah Nasional Bhd, akan memberhentikan pembiayaan kepada kumpulan dan memaksa proses penutupan jika rundingan penstrukturan semula tidak berjaya.

Surat bertarikh 8 Oktober menyatakan bahawa jika kumpulan syarikat penerbangan itu ‘mahu meneruskan cadangan rancangan penstrukturan semula (RP), pelanggan kami akan menggunakan apa sahaja cara yang ada pada pelupusan mereka bagi mencabar ke atas semua alasan’.

Malaysia Ailines merupakan salah sebuah syarikat penerbangan yang terjejas daripada krisis koronavirus yang memberi kesan ke atas pengembaraan udara. – MalaysiaGazette