Xi Jinping dan Kim Jong Un. foto Agensi

SEOUL – Presiden Xi Jinping mahu hubungan antara China dan Korea Utara kekal erat.

Ia merupakan mesej Jinping kepada Kim Jong Un sempena sambutan ulang tahun parti pemerintah Korea Utara.

”Kami berhasrat untuk berjaya mempertahankan, menyatukan dan mengembangkan hubungan China-Korea bersama-sama dengan rakan-rakan Korea dan mendorong pembangunan jangka panjang yang stabil bagi tujuan sosialis kedua-dua negara,” kata agensi berita negara Korea Utara, KCNA memetik mesej Jinping.

Pyongyang menyambut ulang tahun ke-75 penubuhan Parti Pekerja Korea dan acara dijangka merangkumi perarakan ketenteraan besar yang mungkin menampilkan beberapa peluru berpandu balistik jarak jauh Korea Utara untuk pertama kalinya sejak 2018.

Jinping berkata, beliau gembira dengan pencapaian Korea Utara dalam beberapa tahun ini termasuk penglibatan bersama-sama negara asing dalam menghadapi kesulitan dan cabaran, KCNA melaporkan.

Setelah bertahun-tahun hubungan erat di mana China bergabung dengan Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam melaksanakan sekatan ke atas program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik, Jinping dan Kim bertemu lima kali pada 2018 dan 2019. – MalaysiaGazette