Kerja-kerja menyelamat dijalankan di sebuah apartmen di Tariq al-Jdide selepas letupan lori tangki. foto Agensi

BEIRUT – Satu letupan berlaku di sebuah gudang di bandar ini mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 50 orang.

Letupan tersebut berlaku di kawasan kejiranan dekat Tariq El Jdide selepas sebuah lori tangki minyak tiba-tiba terbakar dan meletup.

Api yang menjulang akibat kebakaran itu menyebabkan ia  merebak di sekitar kawasan berkenaan.

Pemilik gudang yang menyimpan petrol di dalam stor berkenaan telah ditahan.

Beberapa apartment di kawasan itu turut terbakar.

Pasukan penyelamat sedang menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam kediaman.

Kanak-kanak antara yang cedera parah akibat melecur.

Penjaga Kementerian Kesihatan, Hamad Hassan meminta semua hospital menerima mangsa yang cedera dan rawatan akan ditanggung oleh kementerian.

Punca letupan masih disiasat.

Letupan itu menimbulkan rasa panik selepas letupan besar berlaku di bandar pelabuhan dekat Lubnan berlaku pada Ogos lalu yang mengorbankan lebih 200 orang mangsa. – MalaysiaGazette