Perancis melaporkan 19,348 kes baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kumlulatif kes di negara itu sebanyak 2.6 juta, lapor agensi Anadolu.

PARIS – Jumlah jangkitan koronavirus di Perancis bertambah lebih daripada 20,000 sehari buat kali pertama sejak pandemik itu tercetus di negara ini.

Kementerian Kesihatan merekodkan sebanyak 20,330 jangkitan baharu menjadikan angka kumulatif sebanyak 691,977 sejak awal tahun ini.

Dua hari lalu, jumlah kes yang dilaporakan ialah 18,000.

Angka kematian akibat virus juga terus bertambah sebanyak 109 kepada 32,630.

Bilangan pesakit di hospital melonjak sebanyak 240 orang menjadi 7,864 lagi di seluruh negara dan jumlah orang di unit rawatan rapi meningkat sebanyak 21 hingga 1,448.

Pada puncak krisis pada awal April, lebih daripada 7,000 orang berada dalam rawatan intensif dengan Covid-19.

Pada hari Khamis lalu, Menteri Kesihatan Perancis berkata, Lyon – bandar ketiga terbesar di negara itu – dan tiga bandar lain mesti menutup operasi bar seperti yang dilakukan Paris dan Marseille dalam usaha untuk membendung penyebaran virus. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.