Pusat beli-belah One Utama.

KUALA LUMPUR – Pusat Kesihatan Daerah (PKD) di kawasan Petaling Jaya  akan membuat penilaian risiko di pusat membeli-belah One Utama.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana katanya, kes yang berlaku mungkin melibatkan pekerja di pusat beli belah tersebut termasuk pengawal keselamatan dan pekerja-pekerja di kawasan tertentu.

“Ia mungkin melibatkan pengawal keselamatan ditambah dengan pekerja-pekerja yang bekerja di beberapa tempat.

“Jadi, jumlah pekerja itu belum diketahui dan ia penting bagi petugas kesihatan untuk melakukan saringan juga kepada kontak rapat.

“Penting juga untuk kita membuat sanitasi di pusat beli belah tersebut. Kita harap akan dapat mengesan kontak rapat di pusat beli belah berkenaan. – katanya yang mengulas mengenai penutupan One Utama.  – MalaysiaGazette