Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang e-mel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus yang ditawarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi.

E-mel berkenaan yang kembali tular di media sosial antara lain mendakwa, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Rangkaian Pemantauan Perisikan Siber mendapati si mangsa yang ditujukan mesej berkenaan masih mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan syarikat Telekom Malaysia Berhad sebagai pemenang hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah skim TM Family Gift Bonus.

Sehubungan itu, orang ramai adalah digesa untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

”Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor akaun bank kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Pada masa yang sama, SKMM menegaskan, sebarang penggunaan logonya oleh mana-mana pihak tanpa mendapat kelulusan daripada suruhanjaya berkenaan adalah satu kesalahan.

Sebarang laporan dan aduan berhubung penerimaan mesej sedemikian boleh dimajukan kepada pihak MCMC melalui talian aduan 1 800 188 030 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 016 2206262. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast