KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat keputusan untuk tidak menganjurkan bazar Deepavali di Lorong Tingkat di Klang ekoran penularan wabak Covid-19.

Sambutan Deepavali di jangka sekitar pertengahan November tahun ini.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam satu kenyataan berkata, tindakan ini dibuat demi kelangsungan dan kesejahteraan hidup masyarakat yang perlu diberi perhatian.

“Lebih-lebih lagi dalam kebelakangan ini, beberapa kes di kawasan Klang semakin meningkat. Disebabkan itu, pihak MPK membuat keputusan untuk tidak menganjurkan Bazar Deepavali pada tahun ini,” katanya di sini.

Menurut beliau, dengan keputusan ini, MPK berharap masalah peningkatan penularan Covid-19 yang melanda Klang ketika ini dapat di bendung.

Bazar Deepavali di Lorong Tingkat ini sebenarnya bukan sahaja menerima kunjungan dalam kalangan masyarakat India kerana ia bagaikan pesta cahaya yang turut menarik kedatangan pelancong asing.

Beberapa mukim Klang kini sedang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Tropicana resort dorm placed under EMCO, 1 Utama closing for 7 days.

    Elakkan berkunjung ketempat2 ini! Jom semua rakyat prihatin sama2 landaikan curve penularan wabak pembunuh COVID-19!!

Comments are closed.