Para penunjuk perasaan berhimpun di Jakarta bagi membantan Undang-Undang Cipta Kerja. Foto agensi

JAKARTA- Seramai 14 orang penunjuk perasaan yang ditahan semasa demonstrasi membantah Undang-Undang Cipta Kerja pada Khamis disahkan positif Covid-19.

Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, kesemua 14 orang itu adalah murid sekolah menengah dan penuntut universiti.

Mereka di antara 1,192 pelajar universiti dan pekerja yang ditahan semasa protes di Jakarta.

“Kami akan mengenal pasti identiti 14 pelajar tersebut sebelum melancarkan saringan besar-besaran,” katanya.

Tambah Ahmad Riza, Agensi Kesihatan Jakarta akan menjalankan penjejakan kontak.

Sebelum ini, polis menjalankan ujian pantas antibody ke aras tahanan- tahanan dan mendapat 34 orang mempunyai keputusan reaktif.

Kesemua mereka mereka dimasukkan ke hospital kecemasan Wisma Atlet Kemayoran yang disediakan untuk pesakit Covid-19.

“Mereka akan tinggal untuk sehari, dua sementara menantikan keputusan saringan RT-PCR.

“Sekiranya keputusan mereka negative, mereka dibenarkan pulang ke rumah. Bagaimanapun, mereka perlu dikuarantin di hospital sekiranya keputusan positif,” kata jurucakap Polis Jakarta, Senior Komisioner Yusri Yunus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast