ROME – AC Milan dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain muda Manchester United, Diogo Dalot secara tetap pada musim depan.
Tuttosport mendedahkan pengurus AC Milan melahirkan rasa kagum dengan aksi pemain itu ketika menjalani sesi latihan.
Malah kakitangan-kakitangan kejurulatihan kelab itu turut terpesona dengan aksi Dalot.
Sejak sesi latihan pertama bersama Rossonerri, pemain pertahanan itu dilaporkan telah menunjukkan aksi yang hebat.
Justeru, kelab Itali itu berminat menjadikan pemain pertahanan tersebut secara tetap kerana mereka ingin menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.
Meskipun begitu, di dalam perjanjian ini, AC Milan tidak memiliki klausa pembelian tetap.
Mereka hanya dibenarkan meminjam pemain pertahanan itu selama satu musim dan harus mengembalikan Dalot pada hujung musim nanti. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















