Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, ia berlaku kerana paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam disebabkan pihak ketiga.

“Bekalan air akan ditutup pada 9 malam bagi melaksanakan kerja pembaikan paip pecah itu dan dijangka siap 9 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Keenam-enam kawasan di Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan pengguna di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25, Shah Alam.

Bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya 3 petang esok.

Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air apabila bekalan air disalurkan semula selepas kerja pembaikan siap.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast