New Zealand melaporkan tiada kes Covid-19 dalam kalangan penduduknya. foto Agensi

AUCKLAND – Ketika banyak negara dunia melaporkan lonjakan kes Covid-19, New Zealand pula mengesahkan ia bebas daripada wabak tersebut.

Berikutan itu, jumlah kes Covid-19 di New Zealand kekal 1,515, kata Kementerian Kesihatannya.

Kes aktif di negara ini juga kekal 45, yang mana semuanya adalah kes import.

Tiada kes aktif dalam komuniti, katanya.

Malah, tiada pesakit dirawat di hospital akibat dijangkiti koronavirus.

Menurut kementerian itu, makmal-makmal di seluruh negara memproses 2,026 ujian saringan, menjadikan jumlah ujian yang diselesaikan setakat ini adalah 1,002,790.

Angka ujian itu dicapai pada pada hujung minggu lalu, tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast