Seorang doktor merawat pesakit Covid-19 di Institut Mutualiste Montsouris (IMM) di Paris. foto Agensi

PARIS – Jumlah pesakit yang kini dirawat di unit rawatan rapi di Perancis melepasi 1,500 buat kali pertama sejak 27 Mei, menimbulkan kebimbangan pelaksanaan sekatan pergerakan di seluruh negara.

Angka sebanyak 1,539 itu walaupun lima kali lebih rendah berbanding yang direkodkan pada 8 April lalu iaitu 7,148 tetapi empat kali lebih tinggi berbanding 31 Julai lalu iaitu 371.

Oleh kerana lebih ramai pesakit dirawat di hospital akibat positif koronavirus pada musim gugur berbanding musim bunga, pakar kesihatan bimbang limpahan pesakit akan berlaku jika tiada tindakan segera dilakukan untuk membendung penyebaran virus tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Jean Castex memaklumkan Perancis menghadapi gelombang kedua jangkitan Covid-19 yang kuat.

Presiden Emmanuel Macron dijangka membuat kenyataan mengenai isu itu pada malam Rabu ini.

Negara itu merekodkan 8,505 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam, penurunan mendadak berbanding hari Sabtu 26, 896 dan 16,101 pada hari Ahad.

Tetapi angka pada hari Isnin cenderung merosot kerana sedikit ujian dilakukan pada hari Ahad.

Jumlah kes terkumpul kini berjumlah 743,479 manakala angka korban akibat jangkitan Covid-19 meningkat 95 hingga 32.825, berbanding 46 orang pada hari Ahad dan purata tujuh ialah 75 kes. – MalaysiaGazette