Kenderaan yang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang keluar selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui pintu 2 di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 13 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi, semua pihak masih menantikan apakah intipati sebenar pertemuan itu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin agenda pertemuan tersebut adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan beliau adalah Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini.

Pertemuan tersebut menurut Ahmad Fadil tiada kena mengena untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima oleh Presiden PKR itu.

“Tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Jelas Ahmad Fadil berkata, walaupun Anwar mempersembahkan sokongan yang diterimanya kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara itu masih perlu dirujuk kepada Perdana Menteri dan Dewan Rakyat sebagai platform yang utama.

Ahli Parlimen Port Dickson tiba di Istana Negara pada jam 10.25 pagi dan meninggalkan istana sejam kemudian.

Anwar hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media sebaik sahaja kenderaan Jaguar yang membawa beliau keluar meninggalkan istana.

Beliau dijangka mengadakan sidang media pada jam 2 petang ini.– MalaysiaGazette

3 Komen

  1. tunggulah bentang bajet 2021 nanti tengok. itulah masa anwar tunjuk nombor kalau dia benar. agong tak akan masuk campur ala2 rampas kuasa begini.

  2. Rampas kuasa pun tak apa, tak rampas pun tak apa. Rakyat hanya mahukan kehidupan disaat2 sukar COVID-19 ini!!!

    Eloklah main politik 28 jam sehari siang dan malam!

Comments are closed.