ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kembali bertugas selepas selesai menjalani kuarantin kendiri Covid-19 selama tiga hari sejak 12 Oktober lalu..

Timbalannya, Superintendan Ku Mshariman Ku Mahmood berkata, Nik Ezanee akan kembali bertugas seperti biasa apabila mendapati hasil ujian Covid-19 yang dijalankan terhadap seorang pegawai perubatan daerah Petaling iaitu kontak rapat Nik Ezanee adalah negatif.

Terdahulu Nik Ezanee menjalani proses kuarantin kendiri selepas mendapati pegawai perubatan berkenaan mempunyai kontak rapat dengan salah seorang pengurus keselamatan Tropiciana Golf yang disahkan positif Covid-19 pada 12 Oktober lalu.

Sementara Nik Ezanee berkata: “Rakan-rakan, saya bebas Covid-19 selepas keputusan ujian Covid-19 kontak rapat didapati negatif.

“Saya singgah pejabat untuk clear out some files kemudian terus meninjau penguatkuasaan di asrama Tropiciana Golf dan sekatan jalan raya,” katanya. – MalaysiaGazette

Ketua Polis PJ kena kuarantin