Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. capital punishment mandatory death sentence abolish
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

KUALA LUMPUR- Setakat 8 Oktober 2020, sebanyak 18,670 permohonan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar bernilai RM6.7 bilion telah diterima oleh agensi-agensi pembiaya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Daripada jumlah tersebut, 10,710 permohonan bernilai RM6.04 bilion atau 90.15 peratus telah diluluskan, kata Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Agensi pembiaya di bawh MEDAC adalah Bank Rakyat, SME Bank, Tekun Nasional, Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Bagaimanapun katanya, terdapat 5,422 permohonan bernilai RM622.34 juta (9.28 peratus) telah ditolak kerana pendapatan pemohon yang tidak terjejas; pemohon gagal menyediakan bukti pendapatan terjejas; pembiayaan dalam penjadualan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK); dan pembiayaan tertunggak melebihi 90 hari dan tiada sumber bayaran balik.

Daripada jumlah tersebut katanya, hanya 1.7 peratus permohonan yang ditolak adalah daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan baki permohonan sebanyak 98.3 peratus adalah pemohonan individu.

Manakala baki permohonan sebanyak 2,538 dengan nilai berjumlah RM41.4 juta atau 0.57 peratus pula masih dalam proses semakan dan pertimbangan agensi.

“Agensi-agensi berkenaan telah mengambil inisiatif proaktif mendapatkan maklum balas mengenai permohonan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar dari pemilik akaun terutamanya melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya lagi.- MalaysiaGazette