Penduduk di Qingdao beratur untuk menjalani ujian saringan Covid-19 yang dijalankan di bandar tersebut. foto Reuters

BEIJING – Bandar Qingdao menggantung khidmat ketua suruhanjaya kesihatan dan memecat pengarah hospital susulan disebabkan jangkitan kes Covid-19 kembali berulang selepas China melaporkan sifar kes tempatan untuk tempoh dua bulan.

Qingdao melaporkan 13 kes jangkitan baru-baru ini, kebanyakannya dikaitkan dengan Chest Hospital, lokasi di mana pelancong yang tiba dikesan positif Covid-19 dirawat di wad pengasingan di sini.

Salah satu kes itu melibatkan pekerja dermaga yang sebelumnya positif mengidap virus tetapi hanya mengalami gejala selepas kira-kira 20 hari.

Qingdao memaklumkan akan melakukan ujian ke atas 9 juta penduduknya untuk virus itu dalam jangka masa lima hari.

Lebih daripada 7 juta keputusan yang diserahkan pada pagi tadi, dengan jangkitan tidak melepasi angka yang diramalkan.

Wabak koronavirus kali pertama muncul di Wuhan akhir tahun lalu.

Sejak itu, China telah mengambil langkah-langkah agresif untuk mengekang penyebarannya, termasuk kempen ujian saringan secara besar-besaran sehingga jangkitan tempatan berakhir.

Jumlah kes koronavirus yang disahkan di China berjumlah 85,622, dengan 4,634 kematian. – MalaysiaGazette